About Me

My photo
نبيله‎ i'm muslimah girl... about me??? erm,secret.... want to know??? let's join me!!! haha

Saturday, November 24, 2012

Boikot itu adalah Charles Boycott




Rasulullah bersabda:-
"Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya sahaja, tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri."

Boikot atau pemulauan adalah tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai wujud protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan. Kata ini berasal dari serapan bahasa Inggris boycott yang mulai digunakan sejak "Perang Tanah" di Irlandiapada sekitar 1880 dan berasal dari nama Charles Boycott, seorang agen tanah (estate agent) untuk tuan tanah Earl Erne.
Rujukkan:- http://en.wikipedia.org/wiki/Boycott


Sekarang ini heboh mengenai isu boikot Mcd. Mengapa? Apa saya tahu Mcd atau dipanggil MacDonald memberi dana yang banyak kepada Israel jadi wang itu digunakkan Israel untuk menghancurkan penduduk di Gaza Palestin. Mcd dicetus oleh Ray Kroc iaitu pemilik sebenar Mcd, dan dia pernah berkata, dia bukan berniaga burger tetapi berniaga tanah. Ray Kroc seorang kapatalis.



Isu boikot ini selalu dimainkan apabila tercetusnya isu penyerangan Israel ke atas Gaza, atau kes yang bersangkutan dengannya, seperti penghinaan Nabi yang lalu. Tetapi persoalannya, lama manakah tempoh BOIKOT ini?
Adakah sekadar 1 bulan, atau 2 bulan atau sekadar di Facebook? Bagi admin Jiwa Muslim, jujur didalam hati saya mengatakan Melayu kita, sebab admin Melayu jadi memang lah nasihat admin terus kepada Melayu. Melayu kita masa kini hanya suka boikot atau memarahi dengan perbuatan Israel terhadap umat Islam di Palestin. Pabila isu boikot dimainkan, kita bergegas boikot bersama ahli keluarga kita, tetapi adakah untuk selamanya? atau sekadar 1 bulan? atau 2 bulan? 


Saya jujur bahawa saya tidak boikot Mcd secara total 100%, saya boikot hanya dengan tidak selalu berkunjung, mudah kata admin pergi Mcd atau KFC, PizzaHut pada waktu, saya dapat gaji, ada kawan nak belanja, berjumpa kawan lama dan kawan menjemput makan, tiba-tiba terjumpa Mcd, so belanja la rakan di Mcd. Saya hanya pergi berkunjung ke Mcd 1 kali dalam 2~3bulan. Kalau tak tahan sangat, saya cuma beli aiskrim dia, sebab burger saya boleh bikin sendiri di rumah atau di mana-mana hawkers. Lebih kenyang dan murah, cepat dan tiada cukai. Cuma perlu perhatikan kebersihan. Setakat ini saya pergi ke hawkers yang memang menjaga kebersihannya.


Jadi persoalannya adakah hanya pada masa ini kita boikot? Fikirkanlah wahai sahabatKu semua. Saya sebagai pemerhati masyarakat, kamu semua juga pemerhati, kamu kenal diri kamu, adakah kamu jujur boikot atau sekadar ikutan rakan-rakan facebook atau sekadar untuk ikut sama pada masa ini. Jadilah orang yang berfikir, kalau kita sekadar ikut-ikut maka sampai bilakah kita mahu maju kehadapan? Sebenarnya bagi saya makan di Mcd selalu juga bukan sesuatu yang baik. Banyak keburukkannya.


Saya cuba senaraikan:-

1) Mahal.

2) Kena beratur panjang bagi setengah tempat yang hanya satu Mcd.

3) Tidak mengenyangkan bagi orang yang bersaiz besar.

4) Cukai itu disalurkan kepada Kerajaan yang korupsi.

5) Makanan dia banyak lemak, dan mengandungi kolestrol yang tinggi.



Itu apa yang saya nampak, kalau kamu semua ada lagi tambahan maka itu kamu simpan sebagai alasan kamu boikot, bukan boikot sekadar boikot ikutan rakan. Kita tahu mengapa kita boikot, satu utama sebab Mcd penyumbang terbesar kepada Israel, itu yang utama, dan yang lain adalah sampingan. Selain itu sumbangan yang terbesar kepada mereka adalah sikap kita, sifat kita. mentaliti kita.


Adakah cara kita berpakaian kita ini cara pakaian orang Islam?

Adakah cara kita bergaul cara pergaulan orang Islam?

Adakah cara kita makan cara Orang Islam?

Adakah Allah dan Rasul itu lebih diutamakan?

Sama-sama kita fikirkan, boikot itu salah satu cara, tetapi jangan lupa masih banyak lagi pemboikotan yang perlu kita lakukan, iaitu hidup secara Hedonisme masyarakat kini. Adakah kita boikot semua itu? Hidup bermewah dengan harta kita tetapi jiran sebelah rumah kita hidup merempat, anak mereka tidak cukup makan, tidur mereka tidak nyenyak, mandi mereka tidak basah, belajar mereka dalam kepayahan mencari Ilmu.

Tetapi kita!!!!

Tidur Nyenyak!!

Makan sedap kenyang perut anak bini!!

Mandi lebih air, membazir lagi!!

Makanan dibuang terlalu banyak dimasak!!

Mcd 3~5 kali seminggu!!

Pelajaran anak tiada kesusahan, Semua cukup lengkap!!

Ingatlah sahabat dalam kita menolong Palestin jangan lupa orang berdekatan kita, jiran kita, masyarakat terdekat kita, biarlah setiap perkara kita lakukan konsisten, Palestin dibantu, masyarakat terdekat Islam dijaga. Jangan lepas tangan sahabatKu, kamu akan disoal kelak. Jiran kamu didalam kesusahan tapi kamu buat tiada peduli. Adakah kamu berasa kamu sudah menolong Palestin dengan menderma RM1 Juta itu sudah cukup??

Sedangkan di Malaysia ini masih ramai yang tertindas. Biarlah kita adil dalam membantu, yang merempat itu orang Islam sahabatKu, yang menjadi anak lorong di chow kit anak Islam, yang menjadi pelacur itu juga ramai Islam sahabatKu, adakah kamu tiada kasihani mereka hidup sebegitu wahai sahabatKu??

Rasulullah s.a.w bersabda:-
"Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang terhadap sesama muslim."

Jadi jelaskan hadith itu?

Rasulullah bersabda lagi:-
"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula,"

Diceritakan oleh Rasulullah s.a.w:

"Suatu hari orang berjalan, ditengah jalannya kehausan apabila terjumpa sumur terus dia turun dan minum. Kitika naik dia melihat anjing menjulurkan lidah kerana kehausan. Lelaki itu berkata, "Anjing ini kehausan seperti aku tadi. Sepatutnya dia berikan anjing itu minum. Legalah anjing itu dan bersyukur kepada Allah. Sehingga Allah menggampunkan lelaki itu." Mereka berkata, " Ya Rasulullah, adakah pahala bagi kami bila berbuat baik pada binatang?" Rasulullah menjawab, "Pada setiap yang berhati baik ada pahalanya."

Kesimpulannya, Kita sebagai umat Islam wajib membantu antara satu sama lain, tidak kira di Palestin, atau di Syiria, atau di Rohingnya, atau di Patani, atau di Indonesia, atau di sebalh rumah sendiri, Selagi kita bergelar umat Islam, maka membantu antara adalah sangat disarankan. Semoga kita semua beroleh rahmat Ilahi yang kekal abadi.

Wallahualam.

Ampunkan dosa kami Ya Allah..

~!


Tanpa kita sedar kita dapat bangun lagi pada hari ini, Kita dapat solat subuh secara Jemaah mungkin, Kita dapat bersarapan bersama keluarga, Kita dapat merasa ciuman suami/Isteri tercinta, Kita dapat melihat wajah kita yang sempurna tanpa cacat cela, Kita dapat melihat dunia yang tersergam indah ini.

Alangkah indahnya pagi ini......



Kepada siapa kita mahu berterima kasih????

        Tidak lain hanya kepada Allah yang Maha Pengasih, Allah yang membangunkan dari tidur, Allah yang meengejutkan kita dari mati yang sekejap, adakah kita sedar semua itu berlaku setiap hari, berlaku dari kita kecil sampai sekarang kita sudah dapat membaca, kita sudah dapat melihat, kita sudah dapat mencari rezeki sendiri.

"Siapakah yang dapat memberi kamu rezeki, jika Tuhan menahan rezekinya? Bahkan, mereka terus menerus dalam kederhakaan dan menjauhkan diri (dari kebenaran)."

(Surah Al- Mulk, ayat 21)

       Siapakah kita untuk sangat berbangga dengan harta benda kita? Wajah kita? Makanan Pagi kita? Barang perhiasan kita?

      Ingatlah bahawa semua itu tidak lain hanya sementara, Allah boleh mengambil semula semua itu dalam sekelip mata sahaja. Kita sering lupa apa yang kita buat selama ini. Wahai sahabat aku disini bukan la seorang yang alim, atau seorang yang arif, Aku sekadar manusia yang ingin melihat kebaikan disebarkan oleh manusia, Kurangkan kesombongan dalam diri kita semua.


     Mempercayai Allah maha berkuasa adalah kunci bagi memperbaiki diri. Perhatikan kebesaran dan kekuasaaan Allah dengan perse kitaran yang hampir, sebagaimana katanya:

"Dan sebahagian dari keterangan-keterangan Tuhan ialah malam dan siang, Matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud (memuja) kepada matahari dan bulan, melainkan sujudlah kepada Allah yang menciptakan semuanya, kalau kamu benar-benar menyembahnya."

(Surah al- Fusilat, ayat 37)




Subhanallah.

Siapakah aku disisi Mu Ya Allah............

Kerana saya isteri awak :)~


Allah S.W.T telah berfirman


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita keji (pula). Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)"

( An-Nur : 26)



Cinta Seorang Isteri Solehah.

     Menjadi kebiasan Amirah bangun awal, menunaikan solat subuh dan menyediakan sarapan pagi untuk suaminya yang tercinta. Dan juga menajadi kebiasaan kepada suaminya Amirah yang selalu bangun lambat dan tidak menunaikan solat subuh. Puas dipujuk Amirah supaya suaminya bangun menunaikan tanggungjawab kepada yang maha esa.


"Abang..... bangun la bang.. Sudah pukul 5.30, nanti nak azan subuh. Mari kita solat berjemaah boleh abang?" pujuk Amirah dan menunggu tindak balas suaminya.

Mata suaminya terbuka sedikit melihat siapa menggangunya tidur. Dengan nada yang kuat suaminya menengking isterinya. "Awak nak solat pergilah. Kenapa setiap hari setiap masa awak nak paksa saya solat??! Saya tahu lah diri saya. Jangan nak paksa-paksa saya solat!!" balas suaminya dengan muka merah sambil mata membulat.

Isterinya hanya senyum dan berlalu pergi dengan satu ucapan. "Terima kasih abang. Mira sayang abang."

Amirah sudah biasa ditengking, dihina, dicerca oleh suaminya walaupun perit dihati walaupun sakit di jiwa tetapi dia tetap mengejutkan suaminya untuk solat subuh. Amirah tetap sabar dan sering berdoa ke hadrat Ilahi.

"Ya Allah. Lindungi lah keluarga aku. Aku memohon ampun kepada Mu Ya Allah. Aku tidak berjaya untuk mengubah suami ku untuk menjadi seorang yang taat kepada Mu. Aku hanyalah hamba Mu yang lemah, Kurniakan aku kesabaran dan kekuatan Mu Ya Allah." setiap kali Amirah berdoa dihadapan Allah setiap kali itu juga akan kelihatan titisan air mata Amirah mengalir membasahi pipi.

Setelah 4 tahun berumah tangga mereka berdua masih belum mempunyai seorang anak dan suaminya masih dalam keadaan jahil tidak menunaikan tanggunjawab sebagai seorang Muslim dan tidak berlaku baik terhadap isterinya. 

"Abang hari ini balik lewat juga ke? Mira ingat nak pergi solat di Masjid, ada kuliah Ustaz Azhar Idrus hari ini. Izinkan Mira pergi boleh abang? Makanan malam Mira akan siapkan dahulu buat abang." Kata isterinya sambil menunduk pandangan menunggu jawapan dari suaminya. Dan berharap jawapannya adalah Ya.

Suaminya melihat isterinya dengan pandangan yang tajam lagi penuh makna. Dengan nada spontan."Ikut awak lah. Taknak balik terus pun takpe. Serabut saya tengok muka awak lama-lama. Asalkan makanan saya tersedia bila saya balik petang nanti."

     Begitu lapang hati Amirah dengan jawapan suaminya itu. Walaupun mungkin agak kasar tapi bagi Amirah itulah jawapan yang paling ditunggunya. Sangat jarang mereka berbual bersama, kebanyakkannya mesti ada sahaja tengkingan dari suaminya kerana ketidakpuasan hati suaminya terhadap lauk masakan atau perangai isterinya itu. Tetapi dia tetap sabar mengharungi semua itu.

Pada malam selepas solat Maghrib itu terdengar lah Ustaz Azhar Idrus berceramah."Orang puan ni kena taat suami selagi mana suami mung dop suruh mung buat bende langgar syariat. Baru jadi isteri solehah. Kalau laki mung panggil gi selalu, sobeng tangguh-tangguh. Ni tok laki panggil wat dop layang. Siap jawab pulok. "Nok bende gop, dop napok ea orang tengah masok dapur. Sokmo nak panggil orang." wat tu bukan isteri wat tu molex tohok dalang laut."




     Kata-kata Ustaz Azhar itu sangat terkesan di hati para isteri yang mencari keredaan Ilahi. Isteri-isteri yang mencari syurga Allah, Isteri-isteri yang taat kepada suaminya dan sabar dengan karenah suami. Walaupun buruk pada pandangan masyarakat tetapi itulah suami mereka. Itulah jodoh mereka yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.

Berlalu sahaja ceramah Ustaz Azhar Idrus. Amirah cepat-cepat melipat kain solatnya, dan cepat-cepat berjalan ke rumah kerana tidak mahu membuat suaminya menunggu kepulangannya. Rumah Amira dan masjid hanya memakan masa lebih kurang 5 minit jika berjalan. Jadi tidak menjadi masalah bagi Amirah untuk pergi mendengar ceramah Ustaz Azhar.

Dalam keadaan yang agak gelap pada malam itu kerana awan sudah mula menutupi bulan dan para bintang mula hilang dari pandangan dan guruh terdengar di telinga Amirah. Amirah sempat berdoa kepada Allah. "Ya Allah cepatkan lah langkah aku untuk pulang ke sisi suami yang aku kasihi. Ampunkan dosanya ya Allah, sesungguhnya Engkau yang mengurniakan hidayah kepada hamba yang Mu inginkan. Ampunkan dosa kami berdua Ya Allah."

Tiba-tiba..........

Ada sebuah kereta meluncur laju di dalam gelap itu dan melanggar Siti Nur Amirah binti Nasir. Amirah terpelanting agak jauh dari tempat nya berada itu. Daya+tekanan membuat tubuh Amirah tercampak lebih kurang sama dengan kelajuan kereta itu. Keadaan hadapan kereta itu remek dan pemandu kereta itu panik. Keadaan Amirah amat parah dengan bercucuran darah keluar dari mulut tetapi yang peliknya wajah Amirah tersenyum umpama tidak merasa kesakitan dari kemalangan itu. Pemandu itu terus keluar dan melihat Amirah yang terlantar di atas jalan raya.

"Ya Allah. Miraaaaa.... Mira kenapa ni... abang....abang..." Terkejut suami Amirah kerana melihat orang yang dilanggarnya ialah isterinya sendiri. Ini kerana hari yang gelap pada malam itu dan Amirah pula berpakaian kelabu dan menjadi agak sukar seorang pemandu untuk melihat.

"Abang mintak maaf. Mari abang hant....hantar ....miraa ke Hospital..abang sayang mira abang mintak maaf sayang sebab selalu berkasar dengan mira.." kata suaminya dengan keadaan yang menggigil dan nada yang tersekat-sekat.

 Saat itu Amirah hanya tersenyum dan Amirah sangat gembira kerana dapat mendengar suara suaminya merintih menangis dihadapannya. Dan paling disukainya apabila suaminya menyebut "Ya Allah". Selama 4 tahun mereka berkahwin tidak pernah terdengar suaminya menyebut nama Allah.

"Mira sayang abang juga. Mira dah maafkan abang lama dah. Tiap kali abang marah Mira, Tiap kali abang tengking Mira, Mira reda dan Mira maafkan abang. Kerana Mira kan Isteri abang. Mira mintak ampun sebab balik lambat ke rumah." balas Mira dengan nada yang semakin perlahan.

Apakan daya keadaan Amirah amat parah. Dia kehilangan darah yang banyak dan oleh sebab takdir Allah telah menetapkan tarikh kematian hambanya, maka Amirah di panggil pada malam itu juga. Suami Amirah sangat menyesal dengan perbuatanya itu dan kembali bertaubat kepada Allah yang Maha Esa.


Allah berfirman kepada Nabi-Nya-:

  "Katakanlah: Jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

(Surah ali Imran , ayat 31)


Itulah kisah seorang Isteri yang taat kepada Suami. Seorang Isteri yang mengharap reda suaminya. Ini kerana Syurga Isteri adalah dibawah tapak kaki suami. Kepada Para wanita taat la kepada Suami anda bukan taat kepada couple anda yang tidak boleh memberi apa-apa faedah sedikit pun kepada anda semua.

Ya Allah kurniakan lah kami suami/Isteri yang taat kepada Mu.. dan yang selau memohon ampun kepada Mu.....

Saturday, November 17, 2012

Purdah Dan Niqab : Adakah Sekadar Fesyen?


Entri kali ini penulis berasa terpanggil untuk membicarakan perkara yang berkaitan serba sedikit mengenai purdah / niqab / penutup muka dan sebagainya yang kini kian menjadi tarikan terhadap para wanita untuk mengamalkannya.
Sebelum meneruskan apa jua pandangan dan kritikan, ingin sekali penulis ketengahkan ayat-ayat Al-Quran sebagai pemula bicara. Moga hati-hati yang membacanya dapat menela'ah apa yang tersirat pada setiap tafsiran ayat ini. 
"Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Ahzab ayat 59)
Diriwayatkan bahawa Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata,
"Allah memerintahkan kepada isteri-isteri kaum mukminin, jika mereka keluar rumah kerana suatu keperluan, hendaklah mereka menutupi wajah mereka dengan jilbab daripada kepala mereka. Mereka dapat menampakkan satu mata saja."
(Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan bahawa perawi riwayat ini dari Ibnu Abbas adalah Ali bin Abi Thalhah yang tidak mendengar dari ibnu Abbas. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/513)
Manakalah Qatadah berkata tentang firman Allah ini (QS. Al Ahzab: 59),
"Allah memerintahkan para wanita, jika mereka keluar (rumah) agar menutupi alis mereka, sehingga mereka mudah dikenali dan tidak diganggu." 
(Riwayat Ibnu Jarir, dihasankan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/514)
Kemudian diriwayatkan Ibnu Abbas radhiallahu 'anhu berkata,
"Wanita itu menghulurkan jilbabnya ke wajahnya, tetapi tidak menutupinya." 
(juga Riwayat Abu Dawud, Syaikh Mushthafa Al-Adawi menyatakan: Hasan Shahih. Lihat Jami' Ahkamin Nisa IV/514)
Abu 'Ubaidah As-Salmani dan lainnya mempraktikkan cara menghulurkan jilbab itu dengan selendangnya, iaitu menjadikannya sebagai kerudung, lalu dia menutupi hidung dan matanya sebelah kiri, dan menampakkan matanya sebelah kanan. Lalu dia menghulurkan selendangnya dari atas (kepala) sehingga dekat ke alisnya, atau di atas alis. (Riwayat Ibnu Jarir, dishahihkan oleh Syaikh Mushthafa Al-Adawi di dalam Jami' Ahkamin Nisa IV/513)
As-Suyuthi berkata,
"Ayat hijab ini berlaku bagi seluruh wanita, di dalam ayat ini terdapat dalil kewajipan menutup kepala dan wajah bagi wanita."
(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 51, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah)
Perintah menghulurkan jilbab ini meliputi menutup wajah berdasarkan beberapa dalil:
1. Makna jilbab itu sendiri di dalam bahasa Arab adalah: Pakaian yang luas yang menutupi seluruh badan. Sehingga seorang wanita wajib memakai jilbab itu pada pakaian luarnya daripada hujung kepalanya turun sampai menutupi wajahnya, segala perhiasannya dan seluruh badannya sampai menutupi kedua hujung kakinya.
2. Yang biasa nampak pada sebahagian wanita jahiliah adalah wajah mereka, lalu Allah perintahkan isteri-isteri dan anak-anak perempuan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam serta isteri-isteri orang mukmin untuk menghulurkan jilbabnya ke tubuh mereka. Kata idna' (pada ayat tersebut يُدْنِينَ -ed) yang ditambahkan huruf (عَلَي) mengandungi makna menghulurkan dari atas. Maka jilbab itu diulurkan dari atas kepala menutupi wajah dan badan.
3. Menutupi wajah, baju, dan perhiasan dengan jilbab itulah yang difahami oleh wanita-wanita sahabat.
4. Dalam firman Allah: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu", merupakan dalil kewajipan hijab dan menutup wajah bagi isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam, tidak ada perselisihan dalam hal ini di antara kaum muslimin. Sedangkan dalam ayat ini isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam disebutkan bersama-sama dengan anak-anak perempuan beliau serta isteri-isteri orang mukmin. Ini bererti hukumnya mengenai seluruh wanita mukmin.
5. Dalam firman Allah: "Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu." Menutup wajah wanita merupakan tanda wanita baik-baik, dengan demikian tidak akan diganggu. Demikian juga jika wanita menutupi wajahnya, maka lelaki yang rakus tidak akan berkeinginan untuk membuka anggota tubuhnya yang lain. Maka membuka wajah bagi wanita merupakan sasaran gangguan dari lelaki nakal/jahat. Maka dengan menutupi wajahnya, seorang wanita tidak akan memikat dan menggoda lelaki sehingga dia tidak akan diganggu.
(Lihat Hirasah Al-Fadhilah, hal 52-56, karya Syaikh Bakar bin Abu Zaid, penerbit Darul 'Ashimah).

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT terhadap seluruh muslimah di atas muka bumi ini kerana bilangan kamu semakin bertambah dan semakin berkembang.
Pembudayaan berpurdah semakin menjadi popular dewasa ini setelah pereka fesyen busana muslimah dengan rela hati mengambil purdah sebagai trademark terhadap rekaan fesyen mereka. Itu merupakan antara halnya yang berkaitan fesyen terkini akan tetapi apa yang penulis ingin kongsikan bersama bukanlah berkenaan fesyen berpurdah akan tetapi sejauh mana pengunaan purdah itu mampu menjadikan seseorang muslimah itu anggun dari segi imannya, akhlaknya dan perwatakannya sebagai srikandi Islam yang asli.
Apabila ditanya " Kenapa berpurdah?" kepada muslimah yang telah menggamalkan pemakaian purdah maka terdapatlah pelbagai jawapan yang kadangkala enak di dengar dan adakalanya berasa jelek dan tertanya-tanya dengan jawapan yang diberikan oleh penggamal purdah. Antara jawapan yang dapat dikongsi bersama adalah :
" Saya pakai purdah sebab tertarik dengan kawan-kawan yang pakai purdah."
 " Pakai purdah membuatkan saya lebih yakin diri untuk berhadapan dengan masyarakat."
 " Nampak cantiklah pakai purdah, sebab tu saya tertarik untuk berpurdah."
 " Benda nie susah nak ceritalah ustaz, maybe lebih kepada gerak hati kot."
" ... dah budaya sekeliling ramai yang berpurdah, so saya ikut jelah."
" Ramai kata lebih selamat dari gangguan lelaki kalau kita berpurdah."
 " Lebih muslimah sikit kalau berpurdah ustaz."
Walau apa pun jawapan yang terpacul dari mulut muslimah yang berpurdah ianya tidak menjadi masalah kerana mereka telah pun berjaya mempamerkan kelainan dan perbezaan di antara wanita muslimah dan wanita kebanyakkan lainnya. Tahniah diucapkan kepada seluruh muslimah yang berpurdah dan bersyukurlah kerana anda berjaya membawa perwatakan muslimah yang lebih jitu di dalam kehidupan seharian anda.
Cumanya ada beberapa perkara yang penulis ingin titik beratkan kepada seluruh muslimah yang berpurdah, ianya berkaitan niat anda dalam pemakaian purdah. Niat yang berlegar dihati setiap manusia tidak akan dapat diketahui sepenuhnya oleh makhluk dan ianya hanya terletak di bawah pengetahuan Tuan kepada makhluk iaitu Allah Azzawajalla.
Apabila menyebut perkataan NIAT ini, penulis teringat dengan beberapa jawapan dari pemuda-pemuda amnya setelah diajukan persoalan " Agaknya mengapa wanita berpurdah? ", antaranya :
 " Sebab dia lawa la yang dia pakai purdah, takut muka dia yang cantik tu menjadi fitnah terhadap mata-mata lelaki yang memandang."
 " Muka tak lawa la tu. Lau pakai purdah nampak cun sikit yer dak ustaz, ke camne? ".
" Ikut-ikut member la tu. Balek mesia kang kompem tak pakai dah."
" Fesyen bos."
" Rasa best sangat la kot pakai purdah."
 " Lantak diorang la nak pakai purdah, bukan kaco hidup ku pon. Hak diorang, pedulikanlah."
Pedulikan apa sahaja kata pemuda-pemuda tentang diri anda yang berpurdah. Anda yang mengetahui apa yang terkandung di dalam hati anda. Cuma perlu diingatkan, memakai purdah bukan sekadar ikut-ikutan, ingin menutup kelemahan diri atau demi panggilan fesyen yang pastinya tidak akan berkesudahan.
Ikhlaskanlah hatimu Lillahi Ta'ala agar pengamalanmu boleh dikira pahala di sisi Allah dan moga-moga dengan niat yang ikhlas itu kelak mampu untuk menuntun dirimu ke syurga. Maka bagi pemakai purdah yang sebelum ini tersasar jauh dari niat yang ikhlas Lillahi Ta'ala mari bersama perbaharui niat yang lama kepada niat yang baru
" Sungguh aku memakai purdah ini semata-mata mengharap redha Allah SWT kerana aku ingin mendekatkan diri kepadaNya."
Setelah niat diperbaharui perlu ada beberapa lagi ciri yang perlu anda penuhi bagi mencapai tingkat sebenar sebagai seorang pemakai purdah, antaranya :
1. Santun dan tegas dalam berbicara.
2. Tidak melirikkan mata dalam apa jua keadaan.
3. Jangan tabarruj dalam menghiasi mata.
4. Merasakan diri masih banyak kekurangan.
5. Menghindar body language.
6. Lebih ramah sesama wanita lain.
7. Hindar sifat merasa diri mulia.
8. Menggelak dari menutur kalam lagha / berjidal.
9. Mengorbankan diri dalam dakwah dengan lebih konsisten.
10. Berakhlak dengan akhlak sebenar seorang muslimah.

Begitulah di antara beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan kepada pemakai purdah. Apabila anda telah menyarungkan purdah ke muka anda maka bertimpa-timpalah bebanan kerja yang wajib anda pikul dengan berhati-hati agar ianya tidak bertaburan dan keciciran. Dan yang paling penting agar ianya tidak menjadi fitnah ke atas Islam itu sendiri.
Sekiranya anda tertinggal salah satu di antara ciri-ciri yang penulis sebutkan tadi maka boleh dikatakan secara automatiknya anda tidak lagi bergelar srikandi yang membawa imej Islam akan tetapi anda akan bertukar menjadi virus perosak kepada imej Islam yang mulia.
Semoga apa yang diperkatakan penulis ini dipandang sebagai satu perkongsian dan moga-moga ianya tidak dianggap ancaman oleh seluruh warga muslimah yang berpurdah. Semoga anda yang berpurdah berjaya menyelami hakikat kemanisan iman dan juga berjaya menggapai tingkat cinta dan sayangkan Allah serta Rasulullah SAW.
Wallahu wa Rasuluhu a'lam..

cetus idea.. :))