Kesayangan tuhan..
Yang tuhan kirimkan padaku hujung September 2017..
Untuk aku ubah sudut pandangku pada dunia..
Yeah, dunia yang pada zahirnya tampak indah..
Tapi hakikatnya tidak, pada aku dan pada dia..
Everyone has their own struggle in their life..
Dia..
Kesayangan tuhan..
Terlalu baik orangnya..
Walau ada sedikit peliknya, itu langsung tidak mengurangkan sayangku pada dia..
Ya, aku sayang benar padanya..
Dari awal, aku sering berterima kasih pada tuhan,
Kerana datangkan dia padaku..
Disaat aku hidup tanpa arah tuju..
Soalan pertamanya yang menarik minatku,
" Apa tujuan nak kahwin?"
Lalu aku dengan tindakbalas spontanku menjawab
"Untuk dapat anak!"
Hahaha
*waktu di lab Dr Hanina**bersaksikan atiqah ruqayyah dan amanina omar*
Dia..
Terlalu sarat untukku ceritakan semuanya pasal dia disini..
Secara mudahnya,
Dia seorang yang devote kan dirinya untuk nenek, mbah(panggilan nenek untuk orang jawa), mak, ayah dan adik beradiknya yang dua ketul itu..
Walau aku dan dia sering bingung,
Mengapa kami dipertemukan? Pada tika ini dan disaat ini?
Siapa dia padaku? dan siapa aku padanya?
Tapi satu benda yang kami pasti adalah
Ini kerja tuhan.
Tuhan mahu tunjukkan sesuatu..
Mungkin jalan menujuNYA?
InshaaAllah, kami cuba sedaya upaya untuk melandaskan ukhwah ini keranaNYA..
Walau terkadang masing2 masih mempertikai kerja tuhan tanpa sedar..
Ya Allah, ampunilah kami dan redhoilah segala perbuatan kami diatas muka bumi Mu ini ya tuhan..
Berikanlah kami hidayah dan petunjukMu,
Agar kami menemui pengakhiran hidup yang sejahtera iaitu husnul khotimah..
Hanya tuhan yang tahu setinggi mana sayangku pada dia..
Moga tuhan redho..
Moga tuhan jaga dia..disaat aku tiada lagi didunia ini nanti..
Yang sentiasa menyayangimu,
Nabella aka your cibi in human version ^_^
Bangi Gateway, pada malam 17/11/17