About Me

My photo
نبيله‎ i'm muslimah girl... about me??? erm,secret.... want to know??? let's join me!!! haha

Tuesday, December 25, 2012


Pelangi

[Kredit]

Penat
Aku penat,
Melarat,
Kadangkala aku rasakan aku seorang sahaja,
Seorang sahaja,
Yang melakukan segalanya.
Walhal aku hanya seorang,
Seorang sahaja,
Untuk melakukan segalanya,
Namun ia adalah kepenatan bahagia,
Ia adalah kepenatan yang berharga,
Yang membawa gembira. 

Gembira
Aku gembira, 
Terpesona,
Melihat hati-hati yang tersentuh,
Hati yang tersentuh,
Melihatkan bobroknya ummah,
Menyaksikan berkuasanya jahiliyyah,
Hati yang tersentuh,
Mendambakan bimbingan,
Merapatkan saf perjuangan,
Alangkah! Aku disaluti kegembiraan!
Yang kadangkala bercampur kesedihan..

Sedih
Aku sedih, 
Merintih,
Melihatkan rijal-rijal tanpa himmah,
Tanpa himmah,
Yang terpedaya dengan pesona dunia,
Yang tunduk pada nafsu beraja,
Tanpa himmah, 
Amat mudah berputus-asa,
Sering kering dan tandus jiwa,
Lemah iradah, qudrah tiada,
Namun semuanya ini buatkan aku teruja!

Teruja
Aku teruja,
Gempita,
Kerana pintu sorga terbuka luas,
Terbuka luas!
Untuk aku beramal bekerja,
Membebaskan manusia sebagai hamba,
Terbuka luas! 
Saham sorga untung berganda,
Mengejutkan manusia yang sedang lena,
Tidak kenal erti putus-asa,
Cuma khuatir kadangkala terasa.

Khuatir
Aku khuatir, 
Terfikir,
Adakah amal aku diterima?
Amal diterima?
Aku merasa aku bekerja,
Walhal niat bukan untukNya,
Amal diterima?
Mengejar status dan populariti,
Bekerja mencari keuntungan sendiri,
Bukan mengejar keredhaan abadi, 
Mujur ada yang memberi lega.

Lega
Aku lega, 
Semoga,
Ada yang sudi mengingatkan,
Sudi mengingatkan!
Ukhuwwah fillah menjadi pedoman,
Penampar di tika kealpaan, 
Sudi mengingatkan!
Membawa panji mujahid setia,
Sehingga mendapat antara dua,
Islam tertegak menang mulia,
Atau syahid merangkul jiwa. 

Syahid
Aku ingin syahid, 
Mujahid,  
Mengejar sorga yang abadi,
Yang abadi!
Kerana aku rindu,
Aku ingin ketemu,
Yang abadi!
Ya Allah! Jadikan aku,
Pejuang tsabat obor agamaMu,
Mati syahid impian yang satu,
Mengejar pelangi, selangit biru.

No comments:

Post a Comment

cetus idea.. :))